01:32 0

Fahrin Ahmad Umum Nikah Sabtu Ini


Fahrin Ahmad Umum Nikah Sabtu Ini


Pelakon kacak Fahrin Ahmad mengumumkan bakal bernikah pada Sabtu inidi Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.


Namun identiti wanita yang bakal dinikahi oleh Fahrin masih dirahsiakan oleh pelakon ini. Kena tunggu hari Sabtu ini.

Ini komennya: (mStar)

"Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

"Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti.Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti," 

"Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.

"Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

"Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya," 

Fahrin Ahmad kini sedang menemii peminatnya di layar perak menerusi filem Pilot Cafe. Fahrin Ahmad berumur 36 tahun dan pernah bercinta dengan Scha Al Yahya dan juga Linda Onn.



0 comments:

Post a Comment