19:45 1

Hadiah Suami Kepada Lana Nodin Amat Mewah

Hadiah Suami Kepada Lana Nodin Amat Mewah



Lana Nodin menerima kejutan istimewa dari suaminya Mohd Daud McKienzie dengan hadiah-hadia perkahwinan yang amat mewah. Untunglah.


Daud menghadiahkan cincin berlian bernilai hampir RM100,000 dan juga kereta mewah BMW jenis sport. Lana pula memberi suaminya jam tangan bernilai RM 25,000.

Ini komen Lana Nodin:

Hadiah Kahwin Mewah:

“Saya tak sangka ketika David (Daud) sarungkan cincin tadi, dia kejutkan saya dengan cincin idaman saya. Saya pernah lihat cincin tersebut ketika mengunjungi Amerika Syarikat beberapa bulan lalu,”

“David hadiahkan BMW Sport…Saya pun tidak tahu mengapa BMW, mungkin dia lihat karakter saya sesuai dengan kereta itu agaknya,”

Wang Hantaran Dirahsiakan:

“Maaf, saya bukan tidak mahu berkongsi tentang itu (wang hantaran), tetapi suami minta rahsiakan. Dia segan.

“Wang hantaran yang David berikan kepada saya itu, telah saya serahkan kesemuanya kepada ibu dan bapa saya. Mereka lebih berhak menerimanya,” ujarnya.

Lana dan suaminya David bakal berangkat ke Amerika Starikat dua minggu lagi kerana suaminya terlibat dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2016 untuk bola tampar.


1 comments: