00:08 0

Hanya Mampu RM 20 Sehari Untuk Makan - Aidil Zafuan

Hanya Mampu RM 20 Sehari Untuk Makan - Aidil Zafuan



Dalam perbicaraan terbaru, bekas suami Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan mengakui dia hanya mampu beri RM20 sehari bagi perbelanjaan makan dan minum berbanding jumlah RM50 seperti yang dituntut.


PEMBAYARAN UNTUK MAKAN

Harian Metro melaporkan Aidil Zafuan berkata, jumlah RM20. RM 10 untuk siang dan RM10 untuk makan malam.

Ketika disoal Mohd Zaidi mengenai kos perbelanjaan sarapan, minum petang dan makan lewat malam dituntut bekas isterinya itu, Mohd Aidil (defendan) menjawab, dia jarang makan selain tengah hari dan malam.

“Peruntukan perbelanjaan makan dan minum bagi plaintif tidak melebihi RM1,000 sebulan, bukannya RM1,500 sebulan yang dituntut,” katanya. Dia juga tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Zaidi bahawa peruntukan RM43 sebagai perbelanjaan makanan harian untuk bekas isterinya itu kerana ia di luar kemampuan dirinya.

BIL ASTRO

Ketika menjawab soalan Mohd Zaidi mengenai bil, terutamanya bila langganan Astro dituntut Rita, Mohamad Aidil berkata Astro itu bukan wajib dan seseorang itu tidak akan mati jika tidak menontonnya.

Bagaimanapun, Mohamad Aidil mengakui dia tidak pernah menyuruh Rita membatalkan langganan bulanan Astro berkenaan.

AJAK PINDAH RUMAH

Selain itu, Mohamad Aidil ada memberitahu mahkamah dia ada mengajak Rita berpindah ke rumah lain yang disediakan bekas majikannya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), namun plaintif enggan dengan alasan ia bukan rumah kelamin mereka.

TUNGGAKN NAFKAH

Dia berkata demikian semasa disoal balas oleh Mohd. Zaidi dalam prosiding perbicaraan tuntutan tunggakan nafkah berjumlah RM102,000 yang difailkan Rita pada 20 Januari tahun lalu. Rita mengemukakan tuntutan itu bagi tempoh 20 bulan dari tarikh Mohd. Aidil Zafuan yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, meninggalkannya pada Januari 2012 hingga dia diceraikan pada Ogos 2013.

Tuntutan tersebut meliputi makan dan minum sebanyak RM30,000, bil utiliti (RM12,000), pakaian dan keperluan diri (RM10,000), kos pe­ngangkutan (RM20,000) dan sewa rumah (RM30,000).

BAHAN MENTAH DAN MUSIM PERAYAAN

Dalam pada itu, Mohd. Aidil Zafuan juga mengaku sepanjang tempoh 20 bulan tersebut dia tidak pernah membeli bahan mentah untuk dimasak oleh Rita, tidak pernah membawanya makan di luar ataupun membeli pakaian untuk bekas isterinya itu.

Namun dalam afidavit keterangan bertulis pemain bola sepak kebangsaan itu, dia memberitahu telah memperuntukkan RM2,000 atau RM3,000 sebulan selain RM4,000 setiap kali musim perayaan untuk Rita dan anak-anaknya sejak tinggal berasingan.

Katanya, dia akan memaklumkan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rita jika telah memasukkan sejumlah wang dalam akaun milik pelakon itu namun tiada maklum balas daripadanya sama ada telah menerima wang berkenaan.

Mohd. Aidil Zafuan berkata, bekas isterinya itu tidak pernah memaklumkan kepadanya sama ada wang berkenaan tidak mencukupi untuk perbelanjaan dan keperluannya.

TAK HALAL

Dalam pada itu, ketika disoal peguam sama ada Mohd. Aidil Zafuan tahu bahawa Rita tidak menghalalkan nafkah yang tidak diberi olehnya, pemain JDT itu berkata dia tidak tahu.

0 comments:

Post a Comment