16:57 0

Komen Ong Kim Swee Kepada Nazmi Faiz


Komen Panas Ong Kim Swee Kepada Sikap Melampau Nazmi Faiz


Semalam Malaysia telah menumpaskan Timur Leste dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea.


~ Siapa Asal Dari Pahang? Untuk Orang Pahang Sahaja (KLIK SINI)

Walaupun menang namun terdapat insiden yang memalukan apabila Nazmi Faiz dilayangkan kad merah dan dibuang padang menyebabkan rentak permainan Malaysia terganggu.

Hampir 60 minit pasukan Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang gara-gara sikap tidak profesional Nazmi Faiz yang meludah pemain pasukan lawan.

Ini komen dari Dato Ong Kim Swee tentang perlawanan tersebut dan juga Nazmi Faiz

"Saya percaya kita boleh bermain lebih baik jika beraksi 11 pemain sepanjang perlawanan. Apa yang berlaku kepada Nazmi, jika benar apa yang didakwa (dia meludah pemain lawan), saya tak boleh menerima sikap sebegini kerana ia menyukarkan pemain lain dan mengubah rentak permainan kita.

"Kita beraksi baik ketika bermain 11 pemain dan masih mampu mencipta beberapa peluang ketika beraksi 10 pemain. Tapi pada akhirnya, apabila 10 lawan 11, pasti usaha keras perlu dilakukan para pemain.

"Apa pun, saya tak kisah sangat kita hanya menang 1-0, selagi kita berjaya meraih tiga mata penuh. Itu yang lebih penting. Sudah tentu semalam Thailand dan Vietnam mencatat kemenangan besar 6-0 tetapi mereka tetap dapat tiga mata, bukannya enam mata.

"Terlalu awal untuk saya mengatakan mengenai perlawanan bertemu Vietnam. Biar kita cerita perlawanan malam ini terlebih dahulu.

"Tanpa Nazmi bertemu Vietnam, tiada masalah kerana tiada bintang dalam pasukan ini. Jika dia benar melakukan kesalahan dan digantung beberapa perlawanan, saya akan hantar dia pulang ke tanah air."

Jika bersalah nazmi Faiz akan dihantar pulang terus ke Malaysia. Memang patut pun. Nazmi juga dihentam orang ramai.

0 comments:

Post a Comment