18:57 0

Luahan Aidil Zafuan Apabila Rita Rudaini Halang Jumpa Anak Di Hari Lahir

Luahan Aidil Zafuan Apabila Rita Rudaini Halang Jumpa Anak Di Hari Lahir



Ini merupakan komen Aidil tetang kehidupan terkini terutama kes perbalahan terbaru dengan bekas isteri iaitu pelakon Rita Rudaini.


~ Jom Beli Tiket Flight Murah (KLIK SINI)

Jom dengar luahan hati Aidil setelah dihentam peminat Rita Rudaini dan komen dari Aidil Zafuan tentang nombor telefon dan juga Rita Rudaini menghalangnya berjumpa anak-anak.

NAK JEMPUT ANAK-ANAK KE MAJLIS CUKUR JAMBUL

Saya sudah lama tidak dapat bercakap dengan anak-anak. Saya membuat panggilan menggunakan nombor isteri kerana nombor saya tidak dapat menghubungi Rita kerana nombor saya telah disekat. Mengapa dia nak menipu mengatakan nombor Zarema itu kerap menghubunginya? Saya tidak faham apa tujuan dia berbuat demikian? Tujuan saya hanya satu, nak jemput anak-anak ke majlis cukur jambul anak baharu saya.

TELEFON SEKALI SAHAJA

Malam itu, saya cuma menghubunginya sekali sahaja. Saya rasa tidak pernah mengganggunya. Malah, isteri saya pun tidak ada menghubunginya. Tidak ada guna isteri saya mahu mencarinya tanpa ada sebab.

RITA HALANG BERJUMPA ANAK-ANAK

Saya sudah banyak kali menghubungi anak. Setiap kali menelefon, pasti tidak berjawab. Saya hanya menghubungi Rita kerana hal anak-anak. Kali terakhir saya hubungi bila mahu berjumpa anak kedua semasa hari jadinya. Dua minggu sebelum, saya sudah ingatkan Rita untuk bertemu anak-anak.

Tetapi apabila tiba hari kejadian, pengawal keselamatan tidak membenarkan saya memasuki rumah Rita dan Rita juga memberitahu mereka tidak berada di rumah. Saya sangat kecewa kerana inisiatif saya dari Johor untuk berjumpa anak tidak kesampaian. Saya masih lagi simpan hadiah hari jadi anak. Saya mahu berjumpa dia sendiri.

RITA TAK MAAFKAN AIDIL

Biarlah. Itu terpulang kepadanya. (Rita tak maafkan Aidil) Saya memang sudah puas dihentam peminat-peminat Rita. Tapi, saya bersabar. Saya juga sudah memandang ke depan bersama kehidupan baharu saya.

sumber: Utusan.

~Baca Juga: Pakar Motivasi Hentam Search (BACA SINI)


0 comments:

Post a Comment