22:34 0

Mia Ahmad Komen Apabila Jadi Punca Penceraian Pasangan Suami Isteri


Mia Ahmad Jadi Punca Penceraian 



Menerusi satu ruangan blog tempatan, ada laporan mengatakan seorang isteri telah mengunjungi pejabat agama dan meminta kepada hakim untuk menfailkan penceraian kerana berang apabila suaminya sering menyebut nama, Yuhanis ketika sedang tidur.


Untuk pengetahuan Yuhanis merupakan watak yang dilakonkan oleh pelakon baru Mia Ahmad.

Kata isteri tersebut, sejak menonton drama berkenaan, suaminya mula menunjukkan perubahan sedangkan selama ini mereka tidak mengalami apa-apa masalah.

Mia Ahmad yang mendengar berita ini hanya ketawa kecil dan memberitahu bahawa gosip ini sebenarnya sudah lama tersebar.

Ini komen Mia Ahmad: (Sinar Harian)

"Saya sudah lama dengar mengenai perkara ini namun tidak pasti pula adakah ianya cerita benar atau sengaja dicipta untuk tujuan blog itu mendapatkan perhatian.

"Lagipun, ia disebarkan oleh blog yang diragui kesahihannya. Namun, jauh di sudut hati saya mengharapkan agar cerita itu tidak benar sama sekali kerana ianya tidak patut berlaku.

"Sekiranya berita itu benar, saya sangat sedih dan dukacita. Saya sendiri tidak tahu apa yang membuatkan Yuhanis menjadi impak sebegitu. Saya hanya mengharapkan yang baik-baik sahaja kerana ia hanyalah lakonan semata-mata,"

Mia Ahmad merupakan bekas pramugari dan namanya meningkat naik setelah drama Hati Perempuan di TV3 meletup-letup.

0 comments:

Post a Comment