18:29 1

Punca Aidil Zafuan Buat Laporan Polis Dan Kenapa Zarema Telefon Rita Rudaini


Punca Aidil Zafuan Buat Laporan Polis Dan Kenapa Zarema Telefon Rita Rudaini


Aidil Zafuan kini telah menjelaskan mengapa dia membuat laporan polis terhadap Rita Rudaini.

Akibat perbuatan Rita Rudaini mendedahkan nombor isterinya, Zarema Zainal di laman sosial, Aidil dan Zarema sering diganggu dengan panggilan telefon daripada orang tidak dikenali sejak mengakibatkan privasi Aidil dan Zarema.


Baca Juga: Aidil Zafuan Dapat Baby Baru: Rita Rudaini Pula Mengamuk (KLIK SINI)

Terdahulu Rita Rudaini memaparkan nombor telefon 019-3667771 dipercayai milik Zareema yang dituduhnya sering menggangu dirinya.

Ini komen Aidil Zafuan: (mStar)

PUNCA BUAT LAPORAN POLIS


Aidil Zafuan berkata dia telah membuat laporan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru kerana perbuatan Rita itu telah mengganggu dia dan isteri.


"Walaupun dia tidak menyatakan dalam Instagramnya nombor itu siapa tetapi menerusi kapsyen gambar, dia seolah-olah meminta peminatnya menyiasat nombor siapakah itu. Kemudian dia juga mendedahkan nombor telefon saya pada bahagian komen.

"Perkara itu membuatkan saya dan isteri menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali sejak semalam (Rabu) sehinggalah ke hari ini (Khamis) tanpa henti. Ini dikira sudah mengganggu privasi kami,"

PUNCA KENAPA NOMBOR ZAREMA CALL RITA

Mengenai nombor telefon itu Aidil mengakui ia adalah milik isterinya dan telah menggunakan telefon berkenaan untuk menghubungi Rita pada malam Rabu lalu kerana ingin bercakap dengan anak-anak.

Aidil Zafuan mahu menjemput mereka ke majlis cukur jambul anaknya bersama Zarema Zainal iaitu Ayden Zeeyad yang berusia 3 bulan namun panggilan tersebut tidak berjawab.

"Diakui saya cuba menghubungi Rita menggunakan telefon bimbit isteri saya kerana Rita telah sekat nombor saya agar tidak boleh menghubunginya.

"Saya menelefon dia pun ada sebabnya, mahu bercakap dengan anak-anak tetapi dia tidak menjawab panggilan itu.

“Mengapa dia nak menipu mengatakan nombor Zarema itu kerap menghubunginya? Saya tidak faham apa tujuan dia berbuat demikian,"

KESIMPULAN

Punca Repot Polis:
-Rita Rudaini dedah nombor dan privasi hilang. Sering diganggu.

Kenapa Nombor Zarema: 
- Aidil yang guna nombor Zarema
- Mahu cakap dengan anak dan ajak berjumpa baby baru Aidil
- Nombor Aidil dah diblock

Itulah penjelasan logik dari Aidil Zafuan.


1 comments:

  1. Sebaik-baiknya ialah jika ketiga-tiga hamba Allah yang terlibat menyerahkan diri kepada Allah. Redha dan menerima qada dan qadar. Sejak semalam kisah ketiga-tiga individu ini di FB macam budak-budak, Anak saya yang berusia 18 tahun yang kini belajar di sebuah kolej teknikal lebih matang. Jika ianya privacy, saya tak kisah itu semua jika saya benar .....ada dua perkara mengenai mobile phone....nak jawab atau tidak....kalau tak nak jawab offkan. Apakah Rita merasa iri? Jangan sekali2 merasa iri biarkan mereka kerana bagi saya ada sesuatu yang lebih indah diperuntukkan untuk Rita setelah merasa pahit....pasi ada manis. Kan Allah Taala telah menurunkan segala sesuatu kebumi ini berpasang-pasang?

    ReplyDelete