19:52 0

Punca Sebenar Raja Farah Failkan Penceraian Dan Berpisah Dengan Suami

Berpisah jalan terbaik buat masa ini - Raja Farah  


Rumah tangga Raja Farah dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, yang dibina mereka sejak tahun 2010 kini retak menanti belah.


Melalui BH Online sebentar tadi, Raja Farah akui sudah memfailkan perceraian pada 5 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.


Pasangan suami isteri ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu. Suaminya kini berada di Kelantan dan Raja Farah pula sudah menetap di kediaman keluarganya di ibu kota sejak tempoh berkenaan.

Punca yang diberi ialah "tidak lagi sefahaman".


Ini komennya:

"Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok," 

"Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini," 

"Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri." 

"Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan," 

Semoga kedua-dua pihak tabah hadapi dugaan ini.

0 comments:

Post a Comment