04:57 0

Siti Nurhaliza Kecewa Berita Penceraian Disebar


Siti Nurhaliza Luah Rasa Kecewa Berita Penceraian Disebar



Baru-baru ini blog menggunakan gambar Siti dengan tajuk seperti "Siti bercerai dengan suaminya". Apabila dibaca, ternyata cerita itu adalah penceraian kakaknya Siti Saida tiada kena mengena dengan Siti Nurhaliza pun.

Blog ini didakwa membuat fitnah kepada Siti kerana menggunakan wajah Siti Nurhaliza dan berharap mereka menerima hukuman.

Ini caption yang dikongsi Siti Nurhaliza dari kakak iparnya, Rozi:

“Ya Allah , hanya Dikau yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dikau berilah hukuman sebaik baiknya buat pemfitnah yang menyebarkan fitnah ini. Semoga mereka kembali ke jalan yang benar. Amin Ya Rabb,” 

Manakala bagi pihak Rozi, pada mulanya dia tidak mengendahkan perkara tersebut namun apabila berita palsu itu mula tersebar secara pantas di sosial media, ia dalam masa yang sama turut membuatkan nama Siti tercalar dengan fitnah yang tersebar itu.

Ini komen Rozi:

“Saya dah terima ni beberapa hari lalu tetapi saya buat tak endah sebab berasa sangat-sangat kasihan malah hairan dengan keupayaan, kesediaan orang yang buat tajuk, buat cerita, buat fitnah, dan disebar-sebar lagi, dan kemudian jadi bahan sebaran tanpa putus,”


0 comments:

Post a Comment