20:09 0

Temubual Eksklusif Rita Rudaini Tentang Pergaduhan Terbaru Dengan Aidil


Temubual Eksklusif Rita Rudaini Tentang Pergaduhan Terbaru Dengan Aidil



Umum mengetahui pergaduhan terbaru antara Rita Rudaini dengan bekas suaminya pemain bola sepak Malaysia, Aidil Zafuan.


Rita Rudaini memuat naik satu nombor telefon di akaun Instagram miliknya kerana hilang sabar selepas kerap diganggu dengan panggilan daripada nombor tersebut pada tengah malam.

Difahamkan, nombor telefon tersebut milik Zereema Zainal, isteri Aidil Zafuan.

Akibat pendedahan nombor Zarema, Aidil telah membuat laporan polis kerana mendakwa privasinya diganggu selepas Rita mendedahkannya.

Kemudian mereka berdua berbalas kenyataan dengan Aidil mengatakan dia menghubungi Rita menggunakan nombor Zarema untuk berbual dengan anak-anak.

Ini Temubual Eksklusif antara Kosmo dan Rita Rudaini

Apakah tujuan Rita memuat naik nombor telefon individu yang tidak dikenali di akaun Instagram?

Rita: Saya muat naik nombor telefon itu kerana sudah hilang sabar dan tidak tahan diganggu. Sebagai amaran, saya muat naik nombor telefon tersebut di akaun Instagram supaya individu tersebut menghentikan perbuatannya.

Komen Aidil Zafuan telah membuat laporan polis berhubung nombor yang dimuat naik di akaun Instagram itu?

Saya tahu dia ada buat laporan polis tetapi berdasarkan apa? Sebenarnya saya langsung tidak tergugat dan terkesan, sebaliknya bersyukur kerana Aidil buat laporan polis. Sebabnya, saya tidak pernah menyebut atau mendedahkan identiti pemilik nombor tersebut. Dia sendiri yang mendedahkan siapa pemilik nombor tidak dikenali itu. Lagipun saya ada bukti telah diganggu daripada nombor berkenaan. Buat Aidil, tidak perlulah memalukan ibu kepada anak-anaknya.

Sudah berapa lamakah anda diganggu?

Sebenarnya, sebelum Aidil berkahwin lagi dan ia berlanjutan sehingga sekarang. Panggilan sering dibuat pada tengah malam atau awal pagi ketika anak-anak sedang tidur. Apabila saya angkat panggilan tersebut, tiada pula orang yang jawab. Jika sekali dua, saya boleh tahan lagi tetapi sudah banyak kali. Sebagai manusia, kesabaran saya juga ada batasnya.

Mengapakah anda tidak membuat laporan polis selepas diganggu sekian lama?

Sepatutnya memang saya perlu buat laporan polis kerana sering diganggu. Sebab itu, saya mengambil langkah memuat naik nombor telefon berkenaan di akaun Instagram sebagai amaran terlebih dahulu.

Agaknya, apakah punca anda terus diganggu oleh individu yang tidak dikenali itu?

Saya tidak tahu mengapa saya diganggu. Bagi saya individu yang membuat panggilan tersebut tidak boleh melihat orang lain bahagia dan hidup senang. Barangkali dia terlalu banyak masa dan tidak ada kerja sehingga sanggup mengintip aktiviti saya dengan panggilan telefon.

Bagaimanapun, Aidil mendakwa dia yang membuat panggilan daripada nombor tidak dikenali itu selepas nombornya disekat oleh anda. Adakah benar?

Kenapa tidak menghantar mesej? Kenapa suka menipu sedangkan hari jadi anak pun dia tidak telefon atau menghantar mesej. Bagi saya, cukup-cukuplah melindungi perbuatan orang lain. Dia sendiri tahu perkara yang sebenar, sebab saya pernah mengadu hal ini kepadanya.

Sejak bercerai sehingga hari ini, ‘drama’ antara anda dan bekas suami tidak pernah tamat. Tidakkah anda berasa penat dengan semua kontroversi yang berlaku?

Orang luar tidak faham, mereka ingat saya suka naik turun mahkamah dan suka cari gaduh dengan bekas suami. Apa yang saya pertahankan adalah hak kami anak-beranak. Saya percaya Allah sentiasa membantu orang teraniaya.

Hidup saya telah bahagia bersama anak-anak dan tidak perlu cari gaduh dengan sesiapa termasuk bekas suami kerana dia juga telah mempunyai kehidupan sendiri. Saya tidak mungkin berdiam diri jika terus diganggu.

Itulah transkrip temubual antara wartawan Kosmo dan juga Rita Rudaini. Nampaknya mereka berdua ini akan terus bertelingkah. Masih belum ada tanda-tanda pendamaian.

0 comments:

Post a Comment