06:54 0

Tun Mahathir Umum Dan Isytiharkan Tidak Lagi Sokong PM Najib


Tun Mahathir Umum Dan Isytiharkan Tidak Lagi Sokong PM Najib



Melalui akhbar Sinar Harian, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pentadbiran negara yang lemah.


Beliau berkata, pelbagai langkah telah diambil bagi menasihati Najib namun perkara itu dilihat tidak memberi kesan yang positif terutama membabitkan soal kepimpinan dan pentadbirannya.


Mahathir berkata, tindakannya menolak kepimpinan Najib itu juga berpunca daripada kegagalan perdana menteri itu mendengar keluhan akar umbi dan rakyat jelata.


Ini komen Tun Mahathir:

Nasihat Tak Beri Kesan

“Saya sudah berunding, nasihat dan beri pandangan kepada beliau namun ia semacam tak memberi kesan.

“Oleh itu, saya telah tulis surat mengatakan saya tidak boleh lagi sokong beliau dan buat pengetahuan semua (hadirin) Najib tidak (pernah) maklumkannya (mengenai surat) kepada sesiapa,”

“Saya tahu ada pihak akan marah bila saya katakan perkara ini namun ingin saya tegaskan kepimpinan Najib tidak sama sepertimana arwah bapanya, Tun (Abdul) Razak yang sanggup menyelusurkan segenap kampung bertanyakan hal rakyat,”

Pemimpin Tertinggi Perlu Berani Gugurkan Najib

“Umno perlu gugurkan Najib demi tanggungjawab bangsa, agama dan negara selain tidak sesekali boleh membiarkan sokongan kepada seseorang individu menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara.

BN Akan Tumpas Pilihanraya

“Mungkin (akan tumpas), dan saya fikir Umno itu akan lenyap terus ditelan zaman,”

0 comments:

Post a Comment