06:19 0

Awie Dan Rozana Misbun Dah Bercerai Taklik


Awie Dan Rozana Misbun Dah Bercerai


Awie dan Rozana Misbun akhirnya bercerai selepas Rozana Misbun berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand, tempat mereka bernikah dulu.



Untuk pengetahuan, lafaz taklik adalah perjanjian kahwin yang dibacakan suami secara lisan selepas akad nikah dan mengikut perjanjian itu, talak seseorang boleh gugur jika berlaku pengabaian tanggungjawab oleh suami terhadap isteri.


Permohonan fasakh itu berjaya diperoleh selepas pihak Majlis Agama Islam Songkhla, berpuas hati dengan  bukti kejadian Rozana dibelasah oleh Awie.

Ini komen Rozana Misbun: (mStar)

BUKAN LAGI ISTERI AWIE

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi isteri Awie berkuat kuasa 1 November 2014.

"Bertitik tolak dari kejadian 2 Jun 2014 yang dikemukakan, permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan dan disahkan pihak terbabit," 

"Apa yang saya mahu ialah kehidupan dengan tiga anak saya. Saya juga sudah tiada masa untu memikirkan lagi perkara-perkara remeh,”

TUNTUT PULANGKAN ANAK

Untuk pengetahuan anak sulung Merrah, 8 tahun kini berada bersama Awie manakala dua lagi anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7 tahun, dan Puteri Qasseh Antasha, 5 tahun, berada dalam jagaan Rozana.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana dua daripada tiga anak saya kini berada bawah jagaan saya. Insya-Allah saya tidak pernah putus berdoa dan yakin bahawa anak sulung saya iaitu Merrah yang masih lagi tidak diserahkan kepada saya akan kembali ke pangkuan saya dan adik-adiknya nanti,” 

HUKUMAN PENJARA JIKA DISABIT KESALAHAN

Awie menghadapi tuduhan di Mahkamah Majisteret Ampang kerana mendatangkan kecederaan terhadap Rozana yang dibicarakan menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Prosiding kes berkenaan terpaksa di tangguhkan atas permintaan peguam Awie. Pasangan berkenaan turut berhadapan kes tuntuan hak jagaan kekal anak di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan.

0 comments:

Post a Comment