16:10 1

Berita Penceraian Beri Kesan Kepada Keluarga Siti Nurhaliza


Berita Penceraian Beri Kesan Kepada Keluarga Siti Nurhaliza



Minggu lepas kecoh dengan berita fitnah tentang penceraian Siti Nurhaliza setelah ada blog menggunakan wajahnya sebagai cover berita penceraian Siti Saida, kakak Siti Nurhaliza.

Ternyata ianya memberi kesan kepada Siti Nurhaliza.

KELUARGA TERGANGGU

"Ikhlas dan jujurnya saya tidak rasa terganggu sehingga sekarang. Selepas fitnah itu tersebar, takdelah saya tidak boleh tidur sebab geram dan sebagainya.

“Kehidupan saya berjalan seperti biasa cuma saya kesian dekat ahli keluarga yang perlu menjawab fitnah tersebut kerana sering ditanya saudara dan rakan,”

PESANAN KEPADA BLOGGER TERSEBUT

“Pesanan saya tolong kembalilah ke jalan yang benar. Jika dia orang Islam, bertaubatlah kerana fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

“Kalau kita agama Islam, kita perlu tahu batas-batas agama dan jangan menggunakan kemudahan Internet atau laman blog yang dibuat untuk mencari rezeki dengan cara begitu,”

KISAH SEBENAR BERITA CERAI

Dalam kejadian minggu lalu tersebar cerita kononnya Siti Nurhaliza dan Datuk K telah bercerai selepas sebuah blog memuatkan gambar Siti menangis dengan tajuk berkaitan "redha dengan penceraian".

Namun selepas dibaca, berita yang ditulis itu sebenarnya adalah kisah lama mengenai kakaknya iaitu Siti Norsaida.

Sebenarnya, Siti Nurhaliza memaklumkan "gambar sedih" yang digunakan penulis blog tersebut merupakan gambarnya sewaktu menziarahi jenazah Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini tahun lepas.

1 comments:

  1. Saman jer Dato Siti.....skang dah naik menyampah dgn bloger2 bertaraf sampah yg banyak kt dunia Facebook Malaysia skang ni....tapi bukan semua...

    ReplyDelete