17:55 0

Imam Muda Asyraf Nasihatkan Fazura Tentang Selfie Anjing


Imam Muda Asyraf Nasihatkan Fazura Tentang Selfie Anjing



Gambar selfie Fazura bersama seekor anjing telah menjadi viral baru-baru ini. Ada yang komen negatif dan ada yang komen positif, biasalah.


Ekoran itu, pendakwah Imam Muda Asyraf memberi sedikit nasihat buat Fazura. Dia menyarankan pelakon itu memberi penjelasan untuk mengelak kekeliruan.

Imam Muda Asyraf berkata lagi, gambar selfie Fazura sebenarnya tidak menimbulkan sebarang masalah namun Fazura mesti menjawab segala pertanyaan dari followernya untuk mengelak sebarang kekeliruan atau perkara yang boleh menimbulkan fitnah.

Ini komen Imam muda Asyraf:

"Dalam hal ini, kalau dia yakin dan pasti dia tidak pegang haiwan itu, ia tidak menjadi satu kesalahan. Namun, jika gambar yang dimuat naik itu menimbulkan pertanyaan, dia perlu jawab semua pertanyaan tersebut. Tujuannya untuk mengelak kekeliruan dan fitnah."

"Memang daripada gambar tidak nampak bersentuhan dan ramai mungkin tidak tahu situasi sebenarnya. Jadi, dia harus menerangkan agar pengikut di laman sosialnya benar-benar faham."

"Oleh itu sebelum bertindak memuat naik sebarang gambar, fikir dulu baik dan buruk perkara tersebut serta implikasinya."

"Tambahan pula pada masa kini dengan kewujudan media sosial dan 'keyboard warrior', ia mungkin dikaitkan dengan perkara yang menyentuh sensitiviti,"

Kesimpulannya:
1) Tidak menjadi isu upload gambar selfie dengan anjing
2) Tapi mesti jawab segala persoalan dari follower kerana takut salah faham dan juga datangkan fitnah


JOM BELI AZANIS SCAR SERUM: HILANGKAN PARUT

0 comments:

Post a Comment