19:51 0

Ini Komen Adira Tentang Elizabeth Tan

Ini Komen Adira Tentang Elizabeth Tan


Baru-baru ini Adira dan tunangnya, Shahrul Nasrun disahkan telah putus tunang. Mereka berpisah pada bulan Mei yang lalu.

~ Dapat Kulit Cantik Licin Dan Gebu (KLIK SINI)

Ada ura-ura mengatakan Shahrul cuba mengurat penyanyi jelita iaitu Elizabeth Tan yang menyebabkan Elizabeth tampil menafikan perkara itu.

Kini Adira pula memberi kenyataan tentang Elizabeth Tan. Bagi Adira, Elizabeth Tan sememangnya TIDAK terlibat langsung dalam terputusnya tali pertunangannya dengan Shahrul. Elizabeth bukan puncanya.

Adira juga akui ada hubungi Elizabeth Tan agar Elizabeth tidak rasa bersalah tentang hal itu.

Ini komen Adira:

"Saya ada menghubunginya dan berborak. Saya ambil tindakan ini supaya dia tidak rasa dirinya bersalah. Kami berkawan dan jauh sekali bermusuh. Saya sendiri tak suka golongan wanita seperti kami diperkotak-katikkan oleh insan bernama lelaki,"

“Dia (Elizabeth) tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima,” 

Bagi Adira, hanya dirinya, Shahrul dan Allah sahaja yang tahu punca pertunangan mereka berdua putus.

p/s: dah takde jodoh, buat macam mana.

0 comments:

Post a Comment