19:48 0

Ini Respon Bade Tentang Permohonan Cerai Erma Fatima


Ini Respon Bade Tentang Permohonan Cerai Erma Fatima



Respon Bade Setelah Gagal Hadir

Semalam, Bade Hj Azmi  tidak hadir pada sebutan kes permohonan cerai oleh isterinya, Erma Fatima.

~ Wanita Sahaja (KLIK SINI)

Apabila ditanya tentang hal ini, Bade memberi respon dia tidak tahu menahu tentang kes failkan penceraian dari isterinya Erma Fatima.

Bade menambah dia tidak pernah mendapat mana-mana panggilan telefon daripada peguam berhubung hal berkennaan.

Ini komennya:

“Saya tak pernah dapat call dari mana-mana peguam (mengenai) hal ini,”

Sebutan Terpaksa Ditangguh

Sebutan pertama kes permohonan cerai yang difailkan oleh Erma Fatima terpaksa ditangguhkan selepas Bade gagal menghadiri prosiding berkenaan.

Hakim Syarie telah membenarkan Erma Fatima untuk memberi notis amaran kepada Bade kerana ketidakhadirannya.

Kes permohonan cerai ini akan disebut semula 10 Ogos 2015.

Erma Fatima Enggan Komen

Apabila ditanya kepada Erma Fatima adakah Bade setuju dengan permohonan cerai ini, Erma tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi komen.

“Tak dapat nak komen lagi (mengenai hal itu),”

Bade dan Erma Fatima bernikah pada 30 November 1990 dan tidak dikurniakan anak kandung namun mengambil 5 anak angkat.

Ini senarai anaknya Syamil Ikhwan 22 tahun, Ahmad Arir 20 tahun, Ahmad Aifin 18 tahun, Citra 13 tahun dan Nurain 9 tahun.

Sementara itu, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aide Abdul dan mempunyai anak lelaki bernama Jihad yang baru berusia 6 bulan.

0 comments:

Post a Comment