21:05 0

Kata-Kata Terakhir Mangsa Sebelum Maut Akibat Gempa Bumi


Kata-Kata Terakhir Mangsa Sebelum Maut Akibat Gempa Bumi



Mendiang Velerian Joaanes merupakan salah seorang mangsa yang maut akibat gempa bumi di Sabah.

Ini merupakan kata-kata terakhir mendiang kepada bapanya dalam satu pertemuan keluarga pada 30 Mei yang lalu.


"Saya jalan dululah"

Dalam satu laporan dari Bernama, sepupu kepada mangsa iaitu Felix Fienn berkata, Velerian sempat menghubungi rakan-rakan untuk memberitahu dirinya bersama kumpulan pelajar dan guru dari Singapura.

"Namun, selepas gegaran itu, beliau tidak dapat dihubungi lagi"

Untuk pengetahuan, Valerian merupakan pemandu pelancong kepada pelajar dan guru dari Singapura yang turut terkorban sedang mendaki Gunung Kinabalu.

Ini pula komen dari bapa mangsa Joannes Kubang:

"Memang sedih dengan kehilangannya tetapi kami menerimanya dengan tenang."

Mendiang Velerian telah bekerja di Mountain Torq hampir tiga tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ini. Mangsa yang berasal dari Bundu Tuhan, Ranau akan dikebumikan hari ini.

Sumber : Bernama

0 comments:

Post a Comment