00:25 0

Komen Pedas Jurulatih Bola Sepak Palestin Selepas Belasah Malaysia 6-0

Komen Pedas Jurulatih Bola Sepak Palestin Selepas Belasah Malaysia 6-0


Selepas Palestin membelasah Malaysia 6-0 dalam pelawanan kelayakan Piala Dunia 2018, jurulatih Palestin, Abdel Nasser Barakat memberi komen dan nasihat yang sungguh pedas kepada Persatuan Bolasepak (FAM). Namun komen ini ada betulnya dan FAM harus mengambil tindakan segera.


Coach Palestin itu ternyata terkejut dengan persembahan hambar Malaysia lantas memberi nasihat agar merombak besar-besaran kepada semua pemain.

Ini komennya:

"Saya berpendapat mereka (FAM) patut melakukan seperti yang dilakukan pasukan kebangsaan Palestin, kami tukar kebanyakan pemain.

"Saya tahu ada begitu banyak pemain muda yang hebat, tetapi Malaysia juga perlu mengambil langkah serupa.

"Kami membuang begitu banyak pemain dan menggantikan mereka dengan pemain muda. Bagaimanapun, saya mendoakan mereka berjaya pada masa akan datang.

"Memanglah kami ingin menang perlawanan ini, tetapi kami terkejut kerana kemenangan yang dicapai begitu besar dan kami tidak menjangka mereka (Malaysia) akan berputus asa serta tidak berusaha untuk bermain dengan lebih bersemangat," 

Jurulatih Palestin ini memberitahu pasukannya mempunyai banyak masalah apatah lagi negaranya sedang dalam peperangan. Pemain terbaik pasukan Palestin juga telah ditangkap dan ada pemain sukar mendapat pelepasan keluar negara untuk berlatih.

0 comments:

Post a Comment