19:17 1

Komen Rani Kulup Yang Membuatkan Azwan Ali Mohon Maaf

Komen Rani Kulup Yang Membuatkan Azwan Ali Mohon Maaf


Siapa yang tak kenal dengan ayahanda Rani Kulup. Yang tak kenal boleh baca SINI. Kini Rani Kulup tampil memberi komen tentang hal Azwan Ali.

Ini komennya:

“Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat. 

“Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti,” 

"Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis! Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina,"

Rani Kulup dilihat memberi tempuh seminggu untuk Azwan Ali memohon maaf. Namun tidak sampai sehari Azwan Ali dilihat memberi respon tentang hal ini.

Azwan Ali telah memohon maaf semalam tentang kes "menate" yang menjadi viral.

Ini permohonan maaf Azwan Ali:

TEPAT JAM 450 PTG 30 JUNE 2015 ? SAYA AZWAN ALI MOHON MAAF JIKA ADA PIHAK PIHAK YG TERUS TERSINGGUNG ! AZWAN ALI SEORANG YG HORMAT ORANG TUA SEPERTI AYAH ATAU NAMA PENUH NYA ABDUL RANI KULUP ABDULLAH

Maka kini dengan rasminya Azwan Ali dah memohon maaf.


1 comments: