20:33 0

Melampau! Nak Selfie Ketika Zul Ariffin Sedang Buang Air



Nak selfie apa dalam tandas? - Zul Ariffin


Zul Ariffin sekali lagi terjebak dalam kontroversi apabila dikatakan memarahi peminat yang ingin mengambil gambar selfie bersamanya. Ini bukan kali pertama terjadi.


Zul Ariffin kemudian menerangkan kenapa dia marah dan juga ada permintaan melampau dari peminat sehingga nak buang air kecil pun dia minta selfie.

Jom baca komen dari Zul Ariffin: (SinarHarian)

SALAH WAKTU


"SAYA tak marah dia (peminat), saya cuma bercakap dalam nada tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga.

"Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya untuk bersabar sebentar.

"Tambahan pula, ketika itu, saya mahu menyimpan beg kepunyaan ibu sebelum kembali bergambar dengan peminat terbabit,"

"Saya tak berniat nak salahkan sesiapa tapi tindakan mereka pada ketika itu memang salah. Apabila saya cuba bercakap dalam nada yang lembut, mereka tak mahu dengar jadi terpaksalah saya bertegas.

"Saya boleh tahan jika ada yang biadab terhadap saya, lumrahlah, sebagai selebriti saya memang akan berhadapan dengan situasi seperti itu.

"Tapi, apabila dah melibatkan ahli keluarga saya, saya rasa itu melampau! Saya ini bukanlah jenis yang suka memaki orang atau pun marah secara tak tentu hala,"

SELFIE DALAM TANDAS

"Saya sedar ada segelintir peminat yang jenis tak sabar-sabar. Kalau sabar, tunggu saya bersedia dulu apa masalahnya, sekejap saja pun.

"Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?,"

SERONOK BERGAMBAR SEBENARNYA

"Saya ini bukanlah sesiapa, jadi saya sangat seronok apabila ada orang yang nak bergambar bersama-sama sebab itu bermakna mereka menghargai hasil kerja kita.

"Jadi, saya benar-benar menghargainya kerana ia kenangan paling manis. Tapi bila ada yang memperbesarkan hal ini, saya rasa ‘anda’ yang bermasalah,"

0 comments:

Post a Comment