15:17 1

Mufti Tampil Komen Pemakaian Farah Ann

Mufti Tampil Komen Pemakaian Farah Ann


Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria tampil memberi sedikit teguran ekoran kekecohan yang melanda tentang ahli gimnastik Farah Ann.

Dah terang lagi tersuluh aktiviti gimnastik dengan pemakaian sebegitu merupakan aktiviti sukan yang bukan untuk wanita Islam.

Mufti Perak ini berkata, isu itu seharusnya sudah jelas sejak berzaman dan tidak terlalu terikut-ikut dengan konsep serta cara pemakaian yang diperkenalkan negara Barat.

Ini komennya (Astro Awani)

"Gimnastik bukan untuk wanita Islam, menunjukkan aurat dan bentuk tubuh badan sudah jelas haram hukumnya bagi mereka. Jika mahu juga menyertainya, gimnas berkenaan perlu mencari serta memakai pakaian yang menutup aurat dan sekali gus mungkin tidak sesuai dengan sukan berkenaan.

"Memang itu yang seharusnya, bukan sahaja gimnas, ia termasuk sukan lain seperti bolasepak kepada lelaki, sepatutnya seluar melepasi paras lutut,"

"Mereka itu kurang bijak kerana suka mempertikaikan isu yang sudah jelas dalam hukum Islam, jangan bermain dengan hukum Islam, agama tidak pernah kata kita boleh menunjukkan aurat kepada orang."

Itulah komen dari mufti. Senoga dijadikan teladan

~Baca juga komen PANAS dari Farah Ann (BACA SINI)

1 comments:

  1. pemainn bolaa yg pakai sluar pendek perempuan tgk dikire haram ....knp x mrh pemain bolaa???

    ReplyDelete