18:53 0

Polis Siasat Menteri Nazri Dibawah Akta Hasutan Akibat Kenyataan Kepada TMJ

Polis Siasat Menteri Nazri Akibat Kenyataan Kepada TMJ 




Dari laporan Malaysiakini dan juga Astro Awani, polis dikatakan akan mengambil tindakan dengan menyiasat kenyataan dari menteri Dao Sri Nazri kepada TMJ baru-baru ini.

Sementara itu banyak pihak yang menyokong TMJ tentang hal ini.

POLIS SIASAT NAZRI

Polis akan menyiasat Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Nazri dan mengesahkan pihaknya akan merekodkan kenyataan daripada menteri itu tidak lama lagi, lapor Malaysiakini.

LAPORAN POLIS

Dalam pada itu, 46 NGO kaum India di Johor telah membuat laporan polis terhadap Nazri susulan kenyataannya terhadap TMJ selain mahu menteri berkenaan menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf kepada TMJ.

EXCO UMNO KRITIK NAZRI

Dalam perkembangan sama, ahli exco kerajaan negeri Johor Datuk Zulkurnain Kamisan dalam satu kenyataan semalam menasihati Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya tidak bersikap “kurang ajar.”

"Saya menyarankan agar menteri ini lebih muhasabah diri dan cermin diri kerana jawatan menteri tidak boleh digunakan sebagai alat untuk bersikap kurang ajar.

"Rakyat Johor tidak pernah sesekali menderhaka dan kita akan menentang setiap anasir yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat Johor," kata Zulkurnain sepertimana dipetik daripada Malaysiakini.


0 comments:

Post a Comment