17:36 0

Punca Sebenar Sharifah Shahora Dedah Suami Curang


Punca Sebenar Sharifah Shahora Dedah Suami Curang


Pelakon Sharifah Shahora telah mendedahkan kecurangan suaminya bersama wanita lain baru-baru ini.


Sharifah Shahora juga mendedahkan nama wanita tersebut yang bermain cinta dengan suaminya.

Ini komen Sharifah Shahora:

PUNCA DEDAH SUAMI CURANG




"Saya bukan nak aibkan suami sendiri, tapi saya sudah tidak tahan dan tertekan kerana berasa ditipu. Bayangkan, saya tengah tidur mereka bermesej-mesej.

"Saya ada terbaca mesej perempuan itu bertanya, "manager mana?" suami saya balas, "dia tidur" dan perkara itu membuatkan saya rasa geram dan terlalu marah sehingga memuat naik perkara tersebut di laman sosial,"

"Nasib baik saya dapat tahu perkara ini, jika tidak tentu sampai sekarang saya fikir suami sayangkan saya sangat-sangat walhal dia berhubung dengan perempuan lain.



MENGAKU SALAH

"Selepas saya membuat pendedahan tersebut di laman sosial, dia ada mengaku salah dan minta maaf serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi.

"Tetapi susah untuk saya terimanya kerana kali pertama daya dapat ‘menangkap’ perbuatannya iaitu tiga bulan lalu dan saya sangka dia tidak mengulanginya lagi,"

MASIH TINGGAL SEBUMBUNG TAPI...





Mereka berdua masih tinggal sebumbung dan sedang munasabah dan mencari ruang untuk mempertahankan rumah tangga. Sharifah Shahora buat masa ini dia menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan.

"Saya beberapa hari tidak bercakap dan hanya hantar mesej sahaja jika ada apa-apa yang ingin diberitahu. Nasib baik juga rumah kami tiga tingkat, seorang di atas dan seorang di bawah.

"Dia juga dalam usaha memujuk saya, cuma saya sahaja mahu diberi sedikit ruang untuk menyejukkan hati ini," ujarnya.

REAKSI KEKASIH SUAMI

Kekasih suaminya itu turut memberi respon setelah dia mendedahkan skandal tersebut. Wanita itu menelefonnya dan memohon maaf.

Pada Selasa lalu, Shahora mendedahkan dilaman sosial Instagram dan Twitter miliknya tentang seorang wanita yang dikenali sebagai Yanie mempunyai hubungan dengan suaminya.

Sharifah Shahora mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2008 dan belum dikurniakan cahaya mata.

0 comments:

Post a Comment