21:58 0

7 Gambar Kekasih Hati Dan Anak Remy Ishak

7 Gambar Kekasih Hati Dan Anak Remy Ishak


Untuk yang tidak tahu Remy Ishak kini mengesahkan sudah mempunyai kekasih hati yang bernama Roszaliza Yusof.

Wanita berumur 32 tahun ini merupakan seorang pengarah urusan sebuah syarikat.

Sementara itu, Remy Ishak juga telah memperkenalkan 2 orang anaknya yang merupakan anak angkat diambil dari keluaraga yang susah.

Remy Ishak memberitahu dia menjaga dua anak angkat perempuan iaitu Dania berusia 4 tahun dan Damia, 3 tahun. Kedua-duanya mereka merupakan adik-beradik dan sudah berada di bawah jagaan aktor ini sejak dua tahun lalu.

Remy Ishak mahu menjaga dua beradik tersebut kerana mahu berkongsi kasih sayang dengan mereka memandangkan ibu bapa kanak-kanak itu menghadapi konflik dan telah bercerai.

Ini komen Remy Ishak:

"Bukanlah mahu sangat jadi ayah tetapi sebab saya suka jaga budak-budak. Sebelum ini, saya ada jaga seorang kanak-kanak dan dia pun sudah membesar. 

"Sejak saya bertemu Damia dan Dania, kemudian mendapat tahu mereka kurang kasih sayang, saya rasa kanak-kanak sekecil dan secomel mereka layak mendapat kasih sayang. 

"Jadi, saya ambil keputusan untuk jaga kebajikan dan berikan mereka kasih sayang. Mereka tinggal dengan saya. "Saya jaga kebajikan, makan, pakaian dan persekolahan mereka. Apabila ada masa, saya ajar mereka di rumah sebab itu mereka panggil saya cikgu Daud. 

"Kalau mereka sakit atau demam, mereka panggil pula saya doktor Kamil. 

"Jika saya sibuk dengan kerja atau penggambaran, saya akan hantar mereka ke rumah teman wanita saya. Mereka panggil teman wanita saya dengan panggilan mummy. 

"Kami bergilir-gilir menjaga Dania dan Damia," 

Di bulan ramadhan ini, Remy Ishak giat mengusahakan bazar amal yang dikenali sebagai "santai lebaran fiesta".

Jom lihat gambar kekasih dan juga anak Remy Ishak:





0 comments:

Post a Comment