20:13 0

Adira Gagal Pujuk Keluarga


Adira Gagal Pujuk Keluarga



Untuk pengetahuan, keluarga Adira merupakan antara yang terlibat di dalam gempa bumi di Sabah baru-baru ini yang mana rumah mereka rosak akibat gegaran gempa tersebut.

Adira dilihat amat bimbang akan keselamatan ahli kelurganya dan telah mencadangkan keluarganya supaya tinggal sementara di rumahnya di Kuala Lumpur.

Namun, Adira telah gagal memujuk keluarganya untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur. Terutama ibu Adira yang mahu terus tinggal di kampung walaupun peringatan gempa bumi masih ada.

Ini komen Adira:

"Kampung saya di Kundasang iaitu kawasan yang juga terlibat dengan bencana tersebut. Sejak kejadian itu, boleh dikatakan hampir setiap hari ada gegaran.

"Risau tu memang risau. Saya ajak ibu dan keluarga tinggal di Kuala Lumpur tetapi mereka tidak mahu.

"Biasalah, orang tua mana mahu tinggal lama-lama di bandar. Ibu saya paling lama dia duduk di Kuala Lumpur pun hanya dua minggu dan selepas itu, dia sendiri beli tiket mahu pulang ke kampung.

"Tambahan, dia anak sulung dan dia berkeras tak mahu tinggalkan adik beradik dia yang lain di kampung.

"Dia beritahu saya, tidak usah risau. Insha Allah semoga semuanya baik-baik dan keadaan kembali pulih," 

Adira memberitahu dia akan pulang berhari raya di kampung dan sambutan akan dibuat secara sederhana sahaja.

0 comments:

Post a Comment