21:34 0

Emma Maembong Terkesan Jiwa Raga Kerana Zizan Razak


Emma Maembong Terkesan Jiwa Raga Kerana Zizan Razak


Emma Maembong mengaku pernah terkesan jiwa raganya kerana perpisahan dengan bekas kekasih Zizan Razak.


Apatah lagi mereka telah merancang untuk berkahwin namun gagal. Emma akui memerlukan masa yang lama dan lebih sebulan untuk pulih seperti sediakala.

Ini komen dari Emma Maembong: via mStar

"Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot.

"Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup di mana sesuatu yang kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga satu hari nanti akan meninggalkan kita,"

"Mujurlah sejak perpisahan itu, saya sentiasa sibuk dengan penggambaran. Micheal Ang banyak beri saya tawaran berlakon. Jadi tak adalah terasa sangat.

"Alhamdulillah, kerjaya lakonan juga semakin kukuh dan apa yang telah berlaku sebelum ini membuatkan diri lebih matang,"

Apapun mereka berdua dilihat sudah move on dan mempunyai kekasih masing-masing.

0 comments:

Post a Comment