19:47 0

Fakta Dan Punca Kemalangan Pemain Bola Sepak Malaysia, Rozaimi


Fakta Dan Punca Kemalangan Pemain Bola Sepak Malaysia, Rozaimi


Negara dan peminat bola sepak dikejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan pemain bola sepak negara iaitu Rozaimi Abdul Rahman.


Sebelum itu, anak buah Rozaimi yang juga pemain bola sepak remaja Sabah, Adam Farish yang memandu kereta tersebut telah disahkan meninggal dunia setelah beberapa jam bertarung nyawa.

Takziah diucapkan buat keluarga Adam Farish.Innalillahiwainnalillahirojiun. Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa. Sementara itu, buat masa seakrang Rozaimi masih disahkan stabil.


INI FAKTA DAN PUNCA KEMALANGAN CEDERA PARAH MELIBATKAN PEMAIN BOLA SEPAK SABAH FA. 

BUTIRAN:
i). Tarikh : 06/07/2015
ii). Masa kejadian: L/kurang 1300 H.
iii). Lokasi Kejadian: KM 3.5, Jalan Tuaran.
iv). Kenderaan terlibat: HONDA CIVIC, No. Pend: BDW 3883.
v). Mangsa :-

A. PEMANDU - AK Mohd Farris b. Mahamud (L), umur: 21 Tahun, Alamat: Lot 1 Jalan Haiwan, Kg. Cenderamata, Likas, 89400 Kota Kinabalu.

B. PENUMPANG - MD. Rozaimi b. Abd. Rahman (L), 23 Tahun, A/No. 14, Lorong 3, Taman Sempelang, Tg. Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah. (Pemain Bola Sepak Sabah FA)

vi). Kes disiasat di bawah: Sek. 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

vii). Pegawai Penyiasat : Sjn Wassly b. Hj. Sabli.

viii). RINGKASAN KEJADIAN:

Pada 06/07/2015 jam l/kurang 1345 hrs terima makluman dari org. awam memaklumkan satu kemalangan jalanraya telah berlaku melibatkan sebuah kenderaan yg disyaki terbabas sendiri. Kemalangan berlaku di KM 3.5, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

ix). SIASATAN AWAL:
Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu dari arah Inanam menghala ke Kota Kinabalu melalui Jalan Tuaran. Apabila sampai di tempat kejadian telah hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar sebatang pokok dan tiang telefon dan seterusnya melanggar tembok rumah.

x). Akibat dari kejadian itu kedua-dua mangsa mendapat kecederaan parah di kepala dan kaki dan dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Queen 2 untuk rawatan lanjut. Keadaan kedua-dua mangsa adalah kritikal dan masih dirawat ICU Hospital Queen 2.

xi).KEADAAN JALAN:
Jalan Lurus, 2 lorong sehala, bertar dan kering.

xii).KEADAAN CUACA:
Mendung tidak hujan.

xiii).MABUK:
Tidak disyaki.

xiv). PUNCA:
Siasatan awal mendapati kejadian adalah berpunca dari kecuaian pemandu yg disyaki memandu laju dan gagal mengawal kenderaan dgn baik menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas.

Sekian.
ACP. M. Chandrasekaran.
Ketua Polis Daerah KK.

0 comments:

Post a Comment