16:05 0

Gambar Dan Perkembangan Terkini Rozaimi Di ICU

Gambar Dan Perkembangan Terkini Rozaimi Di Hospital


KETUA MENTERI SABAH MELAWAT

Semalam Presiden SAFA (Pasukan Bola Sepak Sabah), Datuk Seri Musa Aman yang juga ketua menteri Sabah, sempat melawat penyerang pasukan Sabah iaitu Rozaimi Abdul Rahman yang dalam kemalangan.


Rozaimi kini sedang di sebuah hospital KPJ Sabah dan beliau dilaporkan semakin stabil dan masih menjalani rawatan susulan.

PERKEMBANGAN TERKINI

Perkembangan terbaru dan juga berita yang baik dari Rozaimi ialah pemain bola sepak ini sudah mula boleh berinteraksi dan bercakap.

Harini, ketika ditemui di bilik rawatannya di hospital penyerang berusia 23 tahun itu menjawab 'ok' sambil menunjukkan isyarat ibu jarinya sebagai tanda 'bagus'.

Ini antara komennya:
"Tolong bagi tahu kawan-kawan supaya lakukan yang terbaik untuk Sabah," 

MASIH RAHSIAKAN PEMERGIAN FARRIS

Sementara itu, ayah Rozaimi, Abd Rahman Latip akui masih merahsiakan kematian anak buah Rozaimi yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.

Ini komen ayahnya:

"Dia (Rozaimi) sudah sedar dan boleh bercakap dan kerap bertanya mengenai anak saudaranya (Awangku Mohd Farris Mahamud). 

"Tetapi buat masa ini kami tidak mahu memberitahunya yang Mohd Faris sudah meninggal dunia. Biarlah dia berehat dan pulih sepenuhnya," kata ayahnya itu.

Kita doakan supaya Rozaimi cepat sembuh.





0 comments:

Post a Comment