20:46 0

Ibu Kandung Mangsa Dera, Yaya Lepas Geram Kepada Bekas Suami Di Mahkamah

Ibu Kandung Mangsa Dera, Yaya Lepas Geram Kepada Bekas Suami Di Mahkamah


Beberapa minggu lepas Malaysia gempar dengan kes penderaan kanak-kanak bernama Yaya yang amat mengejutkan.


Semalam ibu kepada Yaya, Sana Abdul Malek telah melepas geram kepada suspek dera, bekas suaminya.

Ini antara komennya: (HarianMetro)

“Ya Allah budok tu tak dosa (budak itu tak berdosa). Kalau mu tak buat, siapa lagi yang buat?” 

Kata-kata itu diluahkan oleh Sana kepada bekas suami dan isterinya yang didakwa mendera kanak-kanak bernama Yaya yang menajdi viral baru-baru ini.

Sana meluahkan kata-kata demikian kepada dua suspek itu ketika mereka dibawa polis untuk memasuki kamar Mahkamah Majistret Pasir Mas. Kedua-dua suspek disambung tahan reman sehingga 12 Julai 2015.

Sebaik melihat suspek diperkarangan, Sana gagal mengawal emosi dan perasaan serta dilihat mengucap ‘Allahuakbar’ beberapa kali sambil menangis.

0 comments:

Post a Comment