22:14 0

Kenyataan Pihak Polis Dan KPDNKK Tentang Isu Amuk Di Plaza Lowyat

Kenyataan Pihak Polis Dan KPDNKK Tentang Isu Amuk Di Plaza Lowyat


Datuk Zainuddin Ahmad, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dari bahagian Kuala Lumpur membuat kenyataan tentang kes amuk di Plaza Lowyat.


Datuk Zainuddin mengatakan salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah ditahan polis.Dia mendakwa telah ditipu oleh peniaga di Plaza Lowyat.

Kemudiannya datang semual ke kedai tersebut dan kemudian pergaduhan terjadi sehingga mencetuskan kelam kabut.

Ini dari Datuk Zainuddin: (Astro Awani)

"Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga."

"Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK untuk bersama menyiasat perkara ini," 

Remaja lelaki berumur 22 tahun itu telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis. Selain itu, pihak polis juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit.

Sementara itu ini pula respon pengarah KPDNKKP, Muez Abdul Aziz:

"Kami akan berkerjasama dengan polis di mana siasatan akan dimulakan sejurus laporan rasmi dibuat pengguna tersebut.

 "KPDNKK juga akan bekerjasama dengan pemilik hak cipta yang juga pengeluar telefon bimbit berkenaan untuk mengenalpasti sama ada telefon bimbit itu asli atau tiruan,"

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kerugian akibat kejadian pula dianggarkan melebihi RM70,000.

0 comments:

Post a Comment