23:15 0

Keputusan Pemeriksaan Doktor Ke Atas Isteri Awie Rozana Misbun

Keputusan Pemeriksaan Doktor Ke Atas Isteri Awie Rozana Misbun


Seorang doktor memberitahu Mahkamah Majistret Ampang, keputusan pemeriksaan ke atas isteri Awie iaitu Rozana Misbun ialah sememangnya dia mengalami patah di bahagian tulang hidung dan rusuk kirinya.


Dr Siti Farah Mazalan mengesahkan Rozana Misbun patah tulang setelah menjalani pemeriksaan x-ray di Hospital Ampang pada 18 Jun tahun lepas.

Ini komen dari doktor tersebut: (sinar)

"Daripada pemeriksaan x-ray itu, saya dapati bahagian hidung dan tulang rusuk kiri yang kesembilan pesakit (Rozana) mengalami patah," 

"Dalam laporan perubatan itu, saya juga mencatatkan sejarah sakit yang diberitahu oleh Rozana dan mengesahkan bahawa dia mengalami sindrom dakwaan isteri dipukul suami," 

Laporan perubatan hasil daripada pemeriksaan fizikal ke atas Rozana menunjukka dia mengalami lebam lama berwarna kekuningan di bahagian lengan kiri.


Dr Siti Farah berkata beliau tidak dapat memberitahu mahkamah secara jelas punca sebenar berlakunya patah di bahagian hidung dan rusuk kiri kesembilan Rozana dan ianya boleh berpunca daripada pelbagai faktor seperti pukulan objek tumpul, hentakan kuat ke tanah, tumbukan tangan ataupun daripada tendangan kaki.

Doktor tersebut juga tidak dapat memastikan bila berlakunya patah itu dan adakah kecederaan itu terjadi secara sengaja atau tidak sengaja.


Awie mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana Misbun.

0 comments:

Post a Comment