19:14 0

Meleleh Air Mata: Kisah Budak Ini Menyentuh Hati


Meleleh Air Mata: Kisah Budak Ini Menyentuh Hati


Setelah rumah terbakar, seorang budak lelaki bertumpang lampu di restoren McDonald untuk belajar.

Tindakan budak ini telah menjadi viral di seluruh dunia dan memberi inspirasi untuk pelajar-pelajar di luar sana yang mempunyai pelbagai kemudahan.

Dalam gambar yang menjadi viral itu, budak yang baru berumur 9 tahun itu kelihatan tekun belajar dibawah lampu McD.

Gambar viral ini telah dirakam di Manila, Filipina oleh Joyce Torrefranca dan dimuat naik di laman sosial seterusnya menjadi viral.

Setelah ditanya, kanak-kanak itu ebrnama Daniel Cabrera langsung tidak sedar ketika gambarnya dirakam dan memberitahu rumahnya terbakar.

Daniel memberitahu dia mahu menjadi polis atau doktor apabila sudah dewasa kelak.

Gambar ini membuatkan ramai yang sedih dan berbangga dengan sikap Daniel yang amat luarbiasa.



0 comments:

Post a Comment