05:23 0

Pendedahan Gaji Che Ta Yang Masyuk

Pendedahan Gaji Che Ta Yang Masyuk


Mak Aih, banyak betul gaji Rozita Che Wan sebagai pelakon. Che Ta dedah boleh dapat RM 60 ribu masa dia fikus sebagai pelakon dulu. Ini dulu tau.


Sekarang Che Ta banyak buat bisnes seperti bisnez tudung dan juga dress dan juga perfume yang meletu-letup. Che Ta juga menerbitan rancangan tv, mesti lagi masyuk.

Jom dengar sedikit komen Che Ta tentang gajinya:


PENDEDAHAN PENDAPATAN SEBULAN

Gaji yang diperolehinya dalam jangka masa sebulan mampu mencecah RM60,000 hanya melalui lakonan sahaja dan tidak termasuk bayaran pengiklanan dan sebagainya.

“Itu hanya berlakon sahaja tanpa ditambah dengan pendapatan yang diperolehi daripada iklan. Jika ditambah, saya tidak akan menafikan bahawa jumlahnya akan menjadi lebih daripada itu."

“Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,”

BUKAN UNTUK MENUNJUK

“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki,”

“Bagi mereka yang sentiasa tidak berpuas hati dan hanya mahu bersikap negatif, itu terpulang pada diri masing-masing,”

Tahniah buat Che Ta dan sekeluarga. Jadikan inspirasi, nak berjaya kenalah usaha gigih.


0 comments:

Post a Comment