19:29 0

Pendedahan Mengejutkan Aeril Zafrel, Boleh Lihat Makhluk Halus


Pendedahan Mengejutkan Aeril Zafrel, Boleh Lihat Makhluk Halus


Pelik tapi benar, pelakon Aeril Zafrel mendedahkan dia mempunyai kelebihan luar biasa iaitu boleh melihat makhluk halus.


Aeril Zafrel berkata, kebolehan itu diperolehnya selepas kedua ibu bapanya meninggal dunia akibat terkena buatan orang beberapa tahun lalu.

Ini komennya:

"Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus). Tetapi saya tidak mahu terlalu banyak menceritakan perkara berkenaan. Takut orang salah tafsir pula.

"Semua itu bermula selepas ibu-bapa saya meninggal dunia kerana buatan orang. Tidak lama selepas itu saya pula yang terkena,"

"Kejadian tersebut membuatkan saya cuba belajar ilmu-ilmu perubatan Islam.

"Tetapi bukan untuk merawat orang pun.  Saya belajar agar dapat melindungi keluarga sekiranya ada apa-apa berlaku. Lagipun ia adalah salah satu ilmu pengetahuan yang sata anggap wajib belajar sebagai persediaan," 


0 comments:

Post a Comment