01:31 0

Punca Sebenar PM Najib Gugurkan TPM Muhyiddin Didedahkan


Punca Sebenar PM Najib Gugur TPM Muhyiddin Didedahkan


Ramai yang ingin mengetahui kenapa jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) telah dirombak oleh PM, Dato Sri Najib Razak.


Ini jawapan dari PM Najib sendiri melalui sidang media:

"Keputusan saya menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Ahmad Zahid Hamidi setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentadbiran. 

"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited dan sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan BN kepada rakyat pada PRU13.

"Bagi tujuan ini, jemaah menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan. Melangsungkan agenda pembangunan negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

"Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pandangan dan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan dan negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama. 

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar. Tetapi terpaksa saya lakukan agar jemaah menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas khidmat bakti yang dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini tidak lagi bersama dalam pentadbiran kerajaan," 

0 comments:

Post a Comment