05:18 0

Punca Suami Tinggalkan Wanita Cantik Selepas Sebulan Berkahwin


Punca Suami Tinggalkan Wanita Cantik Selepas Sebulan Berkahwin


Nama penyanyi Indonesia iaitu Cita Citata, 21 tahun kini semakin popular di Malaysia. Penyanyi ini sedang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Disini yang menjadi siulan orang ramai.


Sedikit kontroversi Cita Citata, sebenarnya penyanyi cantik ini telah ditinggalkan suaminya hanya selepas sebulan perkahwinan mereka sebelum dia popular bergelar artis.

Kisah perkahwinan Cita bersama bekas suami, Galih Purnama terbongkar selepas lelaki itu muncul memberi kenyataan kepada media selepas sudah menghilangkan diri hampir tiga tahun.

Cita akui berkahwin pada usia yang muda iaitu 18 tahun dan perkahwinan mereka bertahan selama sebulan sebelum suaminya terus menghilangkan diri.

Suaminya langsung tidak pernah menghubungi Cita Citata sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraiannya sehingga baru-baru ini suaminya itu muncul.

PUNCA SUAMI HILANG

Banyak spekulasi yang muncul tentang kes ini. Di mana rakan baik Cita Citata mengatakan suami penyanyi itu memang tidak bertanggungjawab.

Pihak suaminya pula mengatakan Cita Citata lebih mementing karier muzik menyebabkan dia pergi meninggalkannya. Selain itu, Cita juga pernah tidak akui dia suaminya dulu menyebabkan dia kecewa.

Bagaimanapun penyanyi yang semakin melonjak popular di Malaysia ini tidak pernah menyesal berkahwin muda kerana banyak mengajar dirinya sehinggalah dia mampu bergelar selebriti.

0 comments:

Post a Comment