20:03 0

Rozita Che Wan Mengamuk

Rozita Che Wan Mengamuk


Rozita Che Wan dilihat berang dengan tindakan penjual online yang dikatakan mengambil kesempatan untuk mengaut untung lebih.

Ini berlaku apabila perfume popular yang diusahakan Che Ta iaitu Precious By RCW telah dijual mahal ekoran ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Harga sebotol perfume itu hanyalah rm 29.90, dan mengikut syarat yang ditetapkan, penjual tidak boleh menaikkan harga sesukahati agar mencapai piawaian dan harga terkawal.

Tetapi seorang peniaga telah menjual hampir rm 40, hampir rm 10 lebih dari yang ditetapkan. Oleh kerana melanggar syarat yang ditetapkan HQ, Che Ta pun beranglah.



Namun ada juga yang memberitahu bahawa peniaga tersebut adalah personal shopper iaitu mengambil upah membelikan barang. rm 10 itu merupakan servis chargenya.

Tetapi sebenarnya HQ Perfume Che Ta tak benarkan perkara ini kerana betul-betul ingin menjaga jenama perniagaan perfumenya. Che Ta tak mahu reseller menjual harga mahal, takut terjadi seperti Fareeda agaknya.

Maka personal shopper atau sesiapapun tak bolehlah membeli perfume Precious ini untuk menjual semula.

Kepada yang mahu beli dengan harga normal boleh la ke SINI (Facebook) atau SINI (Insta)


0 comments:

Post a Comment