18:14 9

Tips Beli Handphone Di Kedai Yang Harus Korang Tahu

Tips Beli Handphone Di Kedai Yang Harus Korang Tahu


Sekarang kalau nak beli handphone korang mesti takut sebab khuatir nanti kena tipu. Apatah lagi sekarang banyak yang jenis clone.


Clone biasanya jauh lebih murah dari original tapi kalau tak tahu nak beza, korang akan tertipu dan bayar dengan harga yang mahal.

Seorang lelaku bernama Yudi telah memberi tips bagaimana nak membeli handphone di kedai.

Tips beli handphone dari seorang penjual handphone. dari YUDI

1. Sebelum pergi survey, buatlah Google search sikit tentang macam mana nak tahu beza AP, Ori dengan Clone set. Tak lama pun nak Google,tak sampai 5 minit pun. Boleh selamatkan dari sakit kepala lepas beli nanti.

2.Pergi hari yang tak ramai orang. Jadi boleh lah nak belek phone puas puas ke nak minta software lebih ke. Kalau pergi weekends, nanti si penjual busy so kurang sikit layanan mesra kitorang dekat customer ni. Nak minta apa pun susah sikit.

3. Sekali lagi, kalau pergi weekdays, si penjual tak busy dan kemungkinan tak banyak sale. Jadi kami cenderung untuk turunkan harga / bagi diskaun melampau / bagi free gift lebih asalkan dapat sale. Kalau pada hari banyak sale, kami cenderung untuk tak layan customer yang minta macam macam tapi nak harga murah.

4. Check imei (serial number untuk phone) dengan mendail *#06#. Pastikan nombor yang dipaparkan sama dengan nombor imei dekat kotak. Phone AP/Clone selalunya tak sama nombor imeinya dikotak dengan di handphone. Tapi ada juga phone AP yg sama imeinya dengan di kotak. Jadi hati hati!

5. Buka belakang battery handphone, tengok tulisan. Kebanyakkan model phone original akan tulis dalam Bahasa Inggeris tapi phone AP/Clone pulak akan ada tulisan Cina di belakang phone. (Paling ketara model Lenovo, boleh check belakang Lenovo korang kalau tak percaya)

6.Survey harga online dulu sebelum survey dekat kedai. Masuk lah lelong.com.my ke, mudah.my ke. Taip model phone yang korang cari, lepas tu tengok harganya. Beza online dengan kedai luar tak patut beza lebih dari rm50 selalunya. So kalau harga dekat kedai lagi murah dari harga online, boleh ragu ragu sikit la kot.

7. Beli aksesori dekat kedai lain. Saya ulangi. Beli aksesori dekat kedai lain. Kedai phone akan jual aksesori macam memory card, cover phone dan tempered glass dengan harga yang tak masuk akal. Contohnya ada kedai yang jual memory card 8GB dengan harga Rm50. Dekat kedai komputer Rm50 boleh dapat 32GB. Sama jugak dengan cover, dekat luar rm5-15 tapi diorang akan charge rm30-50 kalau beli bundle sekali.

Yang penting kena ada ilmu sikit untuk beli seakrang ni. Macam-macam teknik menipu dari penjual yang tak bertanggungjawab dan nak cepat banyak untung.

Dibawah ini pula cara nak check iMei: (nak tahu ori ke tak)


Cara Mengenali Handphone Ori atau Tak

Kes penipuan barangan elektronik sekarang semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh di ciplak oleh China. Di sini ada tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam.

Check it out !! Ikut langkah-langkah seperti di bawah ni :

Taip *#06#
Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.

02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Jom check handphone anda, moga-moga original..!!


9 comments:

  1. Kenape kalau sesetengah kedai dia mintak ic semasa kita beli phone?siap scan lagi?untuk ape tu?

    ReplyDelete
  2. Kenape kalau sesetengah kedai dia mintak ic semasa kita beli phone?siap scan lagi?untuk ape tu?

    ReplyDelete
  3. Saya punya phone lenovo A6000 bila tengok no imei 02 sekarang ni saya dah macam kene tipu je sebab bila nak charge lambat betul nak penuh. Sekarang ni banyak barang ciplkan kan jadi nasihat saya sebelum nakbeli tu kene la search sikit supaya kita tak ditipu.

    ReplyDelete
  4. Sy beli redmi note 3 malaysia set tapi cek imei 02.. Pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoii baru rancang nak angkat redmi note 3

      Delete
  5. Hati2 la banyak kes penipuan.. Walau pn kotak dng henset sama no imei..
    Mcm saya pernah lihat lenovo 100% ori imei dia 00..?? Hati2 la kalo imei dia lain dari 00 tu

    ReplyDelete