23:27 0

Jawapan Fizz Fairuz Buat Farah Mendoza Terkedu

Jawapan Fizz Fairuz Buat Farah Mendoza Terkedu


Ekoran tersebarnya perbualan di aplikasi "we chat" yang menunjukkan Fizz Fairuz cuba mengurat Farah Mendoza, Fizz Fairuz telah memberi responnya.

Ini kata Fizz Fairuz:

“Saya memang tak ada kena mengena dan jauh sekali mengenali wanita itu. Cerita itu memang tak munasabah langsung. Cuma saya kurang pasti apa motif dia buat begitu. Zaman sekarang memang siapa sahaja boleh mewujudkan akaun aplikasi sosial palsu”

“Kalau nak cerita diri saya sendiri dahulu memang saya jahat dan nakal tetapi kini dengan status sekarang tak perlulah nak cuba memporak-perandakan hidup saya. Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal”

“Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini,”

Apabila kenyataan Fizz Fairuz itu menjadi bahan bualan orang ramai, ternyata Farah Mendoza terkedu dengan jawapan tersebut.

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia juga seperti memerli Farah Mendoza: (BACA SINI)

Ini komen balas dari Farah mendoza pula:

“Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar. Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka” 

 “Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini. Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi” 

 “Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami,”

Nampkanya kes ini semakin rumit.

~Ini pula komen dari Almy Nadia tentang isu ini (KLIK SINI)

0 comments:

Post a Comment