21:00 0

Komen Lan Pet Pet Apabila Gambar Tersebar Dan Jadi Viral


Komen Lan Pet Pet Apabila Gambar Tersebar Dan Jadi Viral


Baru-baru ini telah tersebar gambar Lan Pet Pet membantu mangsa kemalangan jalan raya. Kisah sebelum ini boleh di baca DI SINI




Sewaktu kejadian itu berlaku, Lan Pet Pet sedang memandu melalui Jalan Putra, Alor Setar sebelum melihat sebuah kenderaan dengan tidak sengaja terlanggar motosikal yang ditunggang mangsa seorang lelaki India.

Dia kemudian lantas membantu mangsa terbabit. Namun Lan Pet Pet ternyata malu apabila gambar tersebut menjadi viral.

Ini komennya:


"Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri. Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas. Saya tidak boleh buat apa-apa," 

"Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan," 

Syabas buat Lan Pet Pet. memang terbaik !!

0 comments:

Post a Comment