05:04 0

Pelakon Dan Kakak Emma Maembong Diburu Dan Jadi Sasaran Penculikan Lanun


Pelakon Dan Kakak Emma Maembong Diburu Dan Jadi Sasaran Penculikan Lanun


Pelakon drama, Wan Raja dan isterinya Yaya maembong (kakak kepada Emma Maembong) mendedahkan pengalaman menakutkan apabila menjadi sasaran penculikan lanun ketika sedang berbulan madu di Pulau Mabul, Samporna, Sabah.

Wan Raja mendedahkan kes itu terjadi setelah ramai penduduk di daerah itu mengambil gambar mereka kerana statusnya sebagai pelakon dan perkara itu sampai ke pengetahuan lanun.

Ini pendedahan Wan Raja:

DIBURU LANUN

"Pada hari terakhir kami di sana ramai polis meronda mengawasi kawasan pulau itu, saya ada bertanya dengan beberapa kawan di kalangan pegawai polis dan mereka beritahu bahawa mendapat maklumat tentang serangan lanun.

"Mereka juga mengesyaki lanun-lanun tersebut sedang mencari saya dan isteri kerana mendapat tahu kami artis. Walaupun kami tidak popular tapi kami difahamkan lanun tersebut ingin cuba mengambil peluang untuk mendapat perhatian besar apabila menculik kami," .

POPULAR SEBAB DRAMA TEMAN LELAKI UPAHAN

"Ketika itu drama Teman Lelaki Upahan sedang ditayangkan di TV3 dan mereka mengenali saya kerana menonton drama tersebut di slot Akasia dan memanggil saya suami Izara Aishah.

"Disebabkan itu ramai yang datang untuk ambil gambar sehingga berita saya berada di pulau itu tersebar dari mulut ke mulut,"

PULANG LEBIH AWAL

"Nasib baik kami tahu perkara itu pada hari terakhir percutian kami dan mengambil keputusan untuk keluar dari pulau tersebut sejurus mengetahui perkara itu.

"Alhamdulillah tiada apa yang berlaku dan pihak berkuasa memang mengawal ketat serta memastikan keselamatan saya dan isteri terjamin sepanjang berada di sana,"

Pasangan Wan Raja dan Yaya Maembong berkahwin pada 12 Disember 2014.

0 comments:

Post a Comment