06:54 0

Pelakon Raja Farah Selamat Bertunang


Pelakon Raja Farah Selamat Bertunang


Pelakon yang baru bercerai beberapa bulan yang lalu iaitu Raja Farah telah selamat bertunang hari ini. Pelakon wanita ini telah mengesahkan pertunangan tersebut.



Ini komen Raja Farah:

"Alhamdulillah, majlis pertunangan tengah hari tadi berjalan lancar. Buat masa sekarang, saya perlu merahsiakan terlebih dahulu identiti bakal suami atas persetujuan kedua belah pihak.

"Cukup untuk saya katakan, dia masih bujang, berasal dari Ampang dan seorang ahli perniagaan," 


"Semua ini atas kesepakatan dan perbincangan kedua belah pihak. Kami ada alasan sendiri untuk tidak mendedahkan apa yang patut diketahui terlebih dahulu. Dengan berahsia dahulu, cara ini adalah terbaik buat sementara waktu. 

"Tapi yang jelas mengenai bakal suami saya, dia bukan sesiapa. Jauh sekali orang kenamaan mahupun anak raja. Tak apalah masa ijab kabul nanti, dia pasti akan diperkenalkan juga. Soal berahsia ini tak ada kaitan dengan status dirinya. Dia bukan suami orang," 

"Saya boleh katakan majlis nikah dalam tahun ini juga dan persandingan akan diadakan di sebuah hotel Ampang," 

Tahniah buat Raja Farah


0 comments:

Post a Comment