20:30 0

Penampilan Terlampau Terdedah Cikgu Aishah Dikritik Hebat


Penampilan Terlampau Terdedah Cikgu Aishah Dikritik Hebat

Bekas peserta Dewi Remaja Puteri Aishah Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Cikgu Aishah telah dikritik hebat kerana penampilan terdedahnya baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, kisah Cikgu Aishah ini pernah menjadi viral kerana surat cinta yang diberikan oleh ayah seorang murid sekolah kepadanya ketika Puteri Aishah bertugas menjadi guru sandaran di sebuah sekolah.

Cikgu Aishah kemudian telah menjadi antara finalis pertandingan Dewi Remaja 2014 / 2015 yang berlangsung baru-baru ini yang dimenangi oleh adik Nelydia dan Uqasha Senrose iaitu Rasya Rizrose.

Ketika satu event baru-baru ini, Puteri Aishah telah tampil dengan mengenakan blaus ketat bersama jaket dan skirt pendek.

Gambar Puteri Aishah di majlis itu bagaimanapun mendapat kritikan orang ramai kerana berlawanan dengan imej menutup aurat yang ditampilkan semasa viral sebagai Cikgu Aishah.

Jom lihat gambarnya itu:


0 comments:

Post a Comment