01:32 0

Penyanyi Hazami Masuk ICU


Penyanyi Hazami Masuk ICU


Satu berita mengejutkan baru diterima tentang penyanyi, Hazami yang kini terlantar di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara.


Dikatakan penyanyi yang popular dengan lagu "Sonata Musim Salju" ini menghidapi penyakit usus iaitu Diverticular Disease.

Ini kata pengurusnya: (mediahiburan)

"Hazami semalam tiba-tiba mengadu sakit di bahagian perut. Apabila tiba di hospital untuk pemeriksaan, doktor yang memeriksanya memberitahu bahawa dalam bahagian ususnya, banyak kantung darah dan ada yang sudah pecah. Doktor tersebut mengesahkan bahawa dia menghidap penyakit Diverticular Disease ini," 

"Perancangan untuk membuat come back itu dibuat sejak tiga bulan lalu. Tetapi, memandangkan kesihatannya terganggu, kami akan menunggu sehingga dia sembuh,"

Takziah buat Hazami, semoga cepat sembuh.

0 comments:

Post a Comment