05:20 0

Sekitar Majlis Pernikahan Waris Dan Izzati


Sekitar Majlis Pernikahan Waris Dan Izzati



Tahniah diucapkan kepada pasangan Waris (penyanyi hip hop) dan juga Izzati yang selamat bergelar suami isteri hari ini.

Dengan sekali lafaz, Waris sah bergelar suami kepada Izzati Amirah Kamaruddin. Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Akias, 26 dan Izzati, 26, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Kamaruddin Md Sidek, di Surau Al- Wehdah, Taman Lestari Permai di sini, pada jam 5.42 petang tadi.

Waris memberi mas kahwin sebanyak RM300 beserta wang hantaran berjumlah RM15,000 kepada pihak perempuan. Kedua-dua mereka memberi 9 dulang hantaran.

Waris bersyukur apabila hari bahagianya itu berlangsung dengan sempurna dan mengharapkan semua pihak mendoakan yang terbaik untuk mahligai yang baru dibinanya itu.

Esok pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di kediaman pihak perempuan.




0 comments:

Post a Comment