19:04 0

Zizan Razak Buat Kenyataan Mengejutkan Tentang Berkahwin Dengan Edora


Zizan Razak Buat Kenyataan Mengejutkan Tentang Berkahwin Dengan Edora


Melalui mStar, Zizan Razak telah membuat satu lagi kenyataan yang mengejutkan apabila seperti tidak akui akan berkahwin dengan Edora.


Zizan Razak dilihat enggan berkongsi kisah bakal berkahwin dengan wanita senegerinya, Terengganu yang sebelum ini didakwa bernama Edora.

Oleh kerana pengalaman dan kegagalan cintanya dengan Emma Maembong, itu menjadi punca dia tidak mahu terlalu memberi publisiti terhadap hubungan cintanya.

Ini sedikit komen Zizan Rzak dari mStar.

Ulas Isu Kahwin

"Soal siapa yang akan berkahwin dengan saya sebenarnya saya nak rahsiakan. Buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia dan kalau sampai jodoh saya akan beritahu.

"Ia adalah rahsia saya bersama keluarga dan ia adalah bagi melindung privasi saya. Biarlah wanita itu menjadi tanda tanya sama ada dia wujud atau tidak," 

Zizan juga telah menegaskan, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hal perkahwinan dengan Edora seperti yang tersebar sebelum ini.

Saya Tak Pasti Mereka Ambil Dari Mana

"Semua yang pernah dilaporkan bukan keluar dari mulut saya, malah gambar wanita yang tersebar itu pun saya tidak pasti mereka ambil dari mana?

"Perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana apabila sampai jodoh nanti sampailah. Saya minta pihak media dan peminat-peminat untuk mendoakan yang terbaik buat saya dan pasangan nanti," 

Terima Jodoh Dengan Siapa-Siapa 

"Kalau jodoh saya dengan siapa-siapa pun saya terima asalkan mak, ayah dan orang ramai suka dan saya juga suka kerana sudah tentu saya bangun pagi nak tengok muka dia.

"Namun saya tak nak cari yang Pan Asia lagi dah dan saya anggap setiap wanita cantik memiliki kesempurnaan dan kecantikan semua aspek," 

0 comments:

Post a Comment