20:53 0

Aidil Zafuan Di Lebel Pegkianat, Dah Kenapa?

Aidil Zafuan Di Lebel Pegkianat, Dah Kenapa?


Apabila Mohd. Aidil Zafuan diumumkan akan kembali bersama skuad kebangsaan, ternyanta ramai peminat melemparkan kritikan dan mengelar mereka sebagai pengkianat.

Dia dilabel pengkhianat negara, mata duitan serta muka tidak tahu malu, diberikan oleh netizen seolah mahu lepaskan geram selepas dia sepanjang setahun ini dengan pasukan negara.

Namun, Aidil tidak kisah dengan segala kata-kata peminat kerana dia hanya mahu pandang ke depan bersama skuad negara melalui pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Ini komen yang diberikan oleh Aidil Zafuan:-

"Saya tahu ramai peminat di luar sana pandang sinis dan kritik dengan pelbagai gelaran kepada saya dan rakan lain bila kami kembali bersama pasukan kebangsaan.

"Namun apa jua yang telah berlaku sebelum ini, biarlah saya sahaja yang rasa kerana mereka mungkin tidak faham pendirian saya bila ambil keputusan untuk bersara sebelum ini.

"Apa jua pandangan pihak mereka, saya akan anggap sebagai satu cabaran kerana bukan mudah hendak tutup mulut semua pihak.

"Sekarang hanya mahu fikirkan aksi dengan skuad negara dan makin tidak sabar kembali turun jalani latihan.

"Selepas setahun tidak bersama, saya kena kembali beri saingan jika mahu dapatkan tempat dalam kesebelasan utama, " 

"Memang terasa sangat bila tengok Piala AFF dulu, saya rasa hampa tidak dapat bantu rakan-rakan semasa di Myanmar yang saksikan kita tersingkir awal.

"Kini, saya kembali bersemangat bila ketahui nama ada dalam senarai 26 pemain yang akan jalani pemilihan lawan Lubnan.

"Harap saya dapat terpilih dan saya janji akan berikan sehabis baik pada kali ini, "

0 comments:

Post a Comment