23:48 0

Akhirnya Nora Danish Buat Keputusan Mengejut

Akhirnya Nora Danish Buat Keputusan Mengejut


Demi Nedim Nora Danish memberitahu bahawa dia  mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga selain turut memenuhi permintaan suaminya.

Dia turut  menyatakan bahawa sudah bersedia untuk meninggalkan bidang lakonan namun bukanlah secara mengejut.

Menurut Nora lagi :-

“Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak. Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang,” 

“Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga seorang yang pandai masak. Buat masa ini kami belum berkesempatan untuk berbulan madu,” 

Pelakon ini juga berkata dia sangat bersyukur dan bahagia di atas perkahwinannya bersama Nedim Nazri kerana suaminya itu merupakan seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab serta penyayang.

0 comments:

Post a Comment