23:06 0

Aksi Kurang Sopan Gogok Pamoga Dikecam, Ini Respon Balas Dato Seri Vida

Aksi Kurang Sopan Gogok Pamoga Dikecam, Ini Respon Balas Dato Seri Vida 


Datuk Seri Vida dikecam gara-gara mengogok produk keluaranya iaitu Pamoga hebat di kecam netizen kerana perbuatan itu kurang sopan apatah lagi dia adalah  seorang wanita.

Insiden itu berlaku ketika gambarnya disiarkan di televisyen pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 3.0 (ABPBH3.0) pada Ahad lalu di Putrajaya.

Walaupun dikecam  tetapi pengasas Qu Puteh ini langsung tidak mempedulikan kutukan orang kerana beliau merasakan  perbuatan itu tidak salah sebagai mempromosikan produk tersebut kerana beliau adalah  penaja rancangan itu.

Ini adalah respon balas Datuk Vida tentang isu tersebut:-

"Mereka tidak berada di tempat saya. Saya mengeluarkan jutaan ringgit untuk menaja anugerah itu dan saya perlu cuba sesuatu yang baharu untuk menjual produk saya.

"Sudah bermacam-macam cara dan kaedah saya lakukan untuk jual produk dan kali ini saya kena tampil dengan sesuatu di luar kotak maka itu adalah hasilnya," kata beliau.

"Kiri dan kanan saya dihalang daripada bercakap tetapi saya redah kerana itu sahaja peluang yang saya ada.
"Niat saya tiada lain, hanya hendak mempromosikan produk. Apa orang hendak kata terpulanglah, saya tetap redah," jelasnya.


0 comments:

Post a Comment