21:43 0

Maria Farida Kenapa Tolak Watak Seksi Sebab Orang Lain,Kenapa?

Maria FaridaTolak Watak Seksi Sebab Orang Lain, Kenapa?


Siapa yang tak kenal dengan pelakon jelita Maria Farida yang kini bergelar seorang isteri. Dia kini lebih teliti untuk memilih  watak yang ditawarkan  walaupun suaminya tidak pernah melarang. Ini Komen kenapa dia menolak watak seksi:-

“Sekarang saya tak boleh ambil watak yang terlalu seksi, atau menggoda. Saya perlu menapisnya terlebih dahulu. Suami saya tak pernah cakap apa-apa dia sangat sporting. Tapi yang saya rasa kena jaga ialah mertua, kerana mereka yang selalu menonton drama-drama saya. Jadi saya perlu jaga hati semua orang,”

Maria Farida dan suami  serta anak-anak tirinya turut bersama hadir ke majlis berbuka puasa bersama-sama. Bila disoal mengenai kehidupannya kini, Maria menjelaskan mereka sangat bahagia dan perkara lepas tidak perlu diungkit lagi.


0 comments:

Post a Comment